Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Luangkan Masa Untuk Belajar, Mengkaji dan Merancang

11 10 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Antara faktor kejayaan seseorang di dalam perniagaan internet adalah sejauh mana dia meluangkan masa untuk belajar, mengkaji dan merancang terutama di peringkat permulaan.

Daripada pemerhatian saya terhadap para usahawan internet yang berjaya atau yang cepat berjaya (termasuk newbie) adalah kerana mereka meluangkan masa untuk betul-betul memahami mengenai perniagaan internet dan model yang sesuai dengan mereka.

Mereka mengkaji dan menentukan apakah model perniagaan internet yang sesuai untuk mereka, menyenaraikan apakah kekuatan dan kekurangan mereka (analisis SWOT) dan kemudian merancang apakah yang perlu mereka lakukan langkah demi langkah.

Dan untuk mudah merancang, sudah semestinya mereka mendalami dahulu model perniagaan yang mereka akan lakukan sama ada ebay, produk fizikal, produk digital atau program buat duit seperti affiliate.

Kemudian, mereka menyenaraikan apakah teknik-teknik yang terbukti menjadi dan berkesan. Caranya tidak lain adalah dengan belajar daripada kejayaan orang lain sama ada secara percuma atau secara berbayar.

Selepas memahami dan tahu teknik yang boleh dipakai, maka mereka akan merancang langkah dan strategi yang perlu dilakukan. Perancangan ini mungkin dalam bentuk jadual kerja, pelan tindakan, kertas kerja atau sebagainya..

Saya rasa, tidak ramai para pemula (newbie) melakukan perkara-perkara ini terutama kajian terhadap model perniagaan dan juga perancangan. Lantas kursus yang dihadiri dan ebook yang dibeli tidak memberi sebarang nilai dan hasil.

Belajarlah sehingga faham, kaji secara serius dan rancang strategi atau proses yang perlu anda lakukan. InsyaAllah, anda boleh berjaya seperti mana kejayaan orang lain. Dan sudah semestinya kesemua ini memerlukan disiplin dan fokus yang tinggi.

Jika anda mahu belajar beberapa teknik yang berkesan, anda boleh dapatkan Panduan Rahsia Newbie daripada Ammar Zahar. Anda boleh membaca dua ulasan terhadap produk ini yang saya tulis sebelum ini:

Ulasan Pertama

Ulasan kedua

Selamat berjaya.

ps. Ketahui di mana dan apa yang saya sedang buat: http://twitter.com/smartzul

Popularity: 3%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!





Percuma: Twitter Automation Report

5 10 2008

Selain friendster, myspace dan Hi5, satu lagi aplikasi Social Web Marketing Tool adalah Twitter.

Saya tidak perlu menyatakan secara detail apa itu twitter, sebab anda boleh terus ke laman web twitter.com untuk mengetahui apa fungsinya. Dan berikut adalah link ke page twitter saya:

http://twitter.com/smartzul

Report Percuma

panduan teknik twitter

Produk ini masih baru. Cuma 4 muka surat sahaja. Saya dapat ni dengan cara berbayar, tapi untuk anda, saya bagi percuma sahaja sebab ia boleh diedarkan secara percuma.

Dalam report ini, dijelaskan secara ringkas beberapa tools untuk aplikasi twitter. Tapi yg paling menarik adalah tool pertama yang mana dengan tool itu kita boleh:

1. Ucap terima kasih direct ke emel orang yg follow kita.

2. Boleh broadcast kepada semua follower kita. Cuma perlu set tarikh sahaja. Fungsi ini saya belum cuba.

3. Secara automatik, kita boleh follow balik mereka yg follow kita. So tak payah buat secara manual.

Dan yang bestnya, tool ni adalah percuma sahaja. Untuk tahu URL tool ini, download sahaja report percuma yang diberikan di sini.

Dengan download report ni, anda boleh jual, beri secara percuma atau jadikan sebagai bonus. Cun ecover dia.

Jika anda tidak faham penjelasan di dalam report ini, sila ke forum wangcyber.com untuk perbincangan:

http://www.wangcyber.com/forum/percuma-twitter-automation-report.html

Sila download. Klik link berikut:

http://malaysiasoho.com/twitterreport-mrr (termasuk ecover)

Semoga bermanfaat.

Post berkaitan: Apa yang saya sedang buat?

Popularity: 8%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!





Selamat Hari Raya AidilFitri

30 09 2008

Taqabballahu minna wa minkum.

(semoga Allah menerima amalan dari kami dan anda semua)

Kepada rakan taulan, para pelanggan saya dan sesiapa sahaja, semoga di hari raya ini kita dapat bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Buangkan benci dan dendam, moga kita maju, bahagia dan jaya.

InsyaAllah.

Selamat Hari Raya AidilFitri.

::Kad Ucapan Raya Percuma

Artikel Bermanfaat:

1. Amalan-amalan sunnah di 1 Syawal

2. Mercun, ucapan maaf dan duit raya

post ini juga ada diletak di blog peribadi saya: http://mohdzulfadli.com

Popularity: 9%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!





Ulasan Panduan Rahsia Newbie : Siri Akhir

29 09 2008

Di kesempatan ini, saya ingin membuat ulasan terakhir secara ringkas terhadap produk Rahsia Newbie yang dihasilkan oleh saudara Ammar Zahar.

Secara keseluruhan, produk ini seperti yang saya katakan adalah lebih kepada case study kejayaan Ammar di dalam melancarkan produk pertama beliau. Ia bukan kursus komprehensif atau menyentuh 1001 perkara termasuk perkara yang asas.

Terus terang saya katakan, seperti mana yang beliau ceritakan, beliau mengambil masa sebulan untuk mempelajari perniagaan dan pemasaran internet. Kemudian terus mempraktikkannya.

Katanya lagi, sebelum beliau melakukan perniagaan internet, beliau hanya mengadap komputer untuk bermain games dan melayari internet sahaja. Tapi dirinya berubah daripada aktiviti itu kepada aktiviti pengkajiannya terhadap perniagaan internet..

Akhirnya, beliau berjaya mendapat empat angka dalam masa seminggu sahaja. Adakah beliau lebih celik IT berbanding orang lain? Adakah beliau seorang yang berbeza daripada para newbie lain yang walau bertahun melakukan perniagaan internet tapi nak dapat empat angka pun susah?

Mungkin pelik anda memikirkannya. Tapi sebenarnya tiada perkara yang memelikkan. Di dalam bidang perniagaan, anda perlu ada beberapa sikap berikut:

1. Kemahuan kuat untuk belajar

2. Cepat bertindak mengamalkan ilmu tersebut

3. Cepat perbaiki kesilapan yang dilakukan

4. Tidak berputus-asa

5. Pandai mengambil dan merebut peluang di depan mata

6. Pandai mencipta peluang berbanding hanya menunggu peluang

Itulah beberapa sikap penting yang wajar ada di dalam diri usahawan terutama yang baru ingin bermula.

Rata-rata yang membeli ebook dan kemudian tidak berjaya biasanya akan menyalahkan si penulis ebook itu. Kenapa tidak berjaya? Siapa yang bersalah?

Saya tidak nafikan sebahagian daripada kejayaan seseorang adalah bantuan daripada penulis ebook itu atau lebih sesuai dipanggil sebagai mentor. Namun sebahagian lagi sebab kejayaan adalah diri mereka sendiri.

Bagi kes Ammar, boleh dikatakan beliau banyak mengkaji sendiri mengenai perniagaan dan pemasaran internet, kemudian terus mempraktikkannya. Oh ya, mungkin salah satu sebab ramai newbie tak berjaya adalah kerana hanya bertindak sekali sahaja. Gara-gara tak jadi, maka mereka terus berhenti dan berputus-asa.

Saya masih ingat pertama kali Ammar menghubungi saya. Bahasanya bagus dan emelnya amat sopan. Lantas, saya sama sekali tidak berfikir dua kali untuk membalas emelnya.

Tapi saya ada menerima emel daripada beberapa orang dan saya tidak membalasnya, lantas mereka marah-marah malah memaki hamun saya. Padahal saya sudah menyatakan, saya berhak tidak membalas emel terutama untuk perkara-perkara tertentu.

Malah ada juga emel yang berbentuk memaksa dan menyuruh-nyuruh. Siapakah mereka dan siapakah saya untuk mereka suruh itu dan ini? Ini semua adalah contoh bentuk komunikasi yang tidak matang dan tidak berlandaskan kepada ilmu.

Dan semasa pelancaran produk pertama Ammar (Koleksi Grafik), saya tidak sertai sekali pelancaran itu, malah tidak membalas emel jemputannya ( sorry ya Ammar! :) ). Namun, beliau tidak berputus-asa dan terus menerus menghubungi saya dengan emel yang sopan dan tertib.

Hasilnya kini, saya membantunya untuk mempromosikan produk Rahsia Newbie beliau..

Saya secara hakikatnya, amat susah untuk menerima jemputan JV daripada kebanyakan usahawan sama ada yang newbie atau yang senior. Namun jika kena caranya, walau saya sibuk sekali pun, saya pasti akan terima jemputan JV tersebut. Salah satu contohnya adalah jemputan daripada Ammar..

Mengapa beliau berjaya mendapat perhatian saya? Mengapa saya bersetuju untuk menerima tawaran JVnya? Adakah semata-mata kerana duit komisen? TIDAK. Tapi apa sebab musababnya? Ada rahsia ke?

Jawapannya ada di dalam Panduan Rahsia Newbie di dalam modul Teknik JV. Apa yang dijelaskan di dalam modul itu adalah apa yang Ammar praktikkan sendiri. Tiada ayat yang meleret-leret, teori semata atau 101 cara. Tapi apa yang Ammar dedahkan adalah apa yang beliau lakukan sendiri.

Itu baru satu teknik iaitu JV. Ada lagi empat teknik yang Ammar dedahkan kepada anda. Tak perlu saya ulas di sini kerana ia mengambil ruang yang banyak. Cuma apa yang dapat saya katakan, semua modul adalah di dalam penerangan yang mudah difahami.

Jangan sesekali membeli sebarang ebook atau panduan jika anda seorang yang malas berusaha dan hanya mahukan pil ajaib. Tiada keajaiban atau rahsia di dalam kejayaan perniagaan. Yang ada adalah usaha yang kuat, ilmu yang cepat dipraktikkan dan belajar daripada mereka yang telah berjaya.

Jika anda berminat dengan panduan Rahsia Newbie, sila ke laman web berikut:

http://malaysiasoho.com/rahsianewbie

Dan untuk ulasan pertama, sila klik di sini.

Popularity: 11%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!





Kad Raya AidilFitri Percuma

28 09 2008

Sampaikan ucapan salam AidilFitri kepada kawan-kawan anda terus ke laman friendster dan mySpace mereka. Laman-laman web lain pun boleh juga selagi web tersebut support kod HTML.

::Kad Ucapan Raya Percuma

Sila ke http://aidilfitri.kadviral.com.

ps. Kepada yang memberikan komen sebelum ni, komen-komen anda saya tidak backup sebab database blog ini telah direstore kepada data seminggu yang lepas. Namun begitu, saya ada buat backup dalam bentuk imej sahaja. Klik di sini untuk melihatnya.

Popularity: 11%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!





Page 1 of 12612345»...Last »